
1 MalaysiaMonday, 11 February 2013 | 0Superstar (s)!
Hai readers , aku nak cerita nie cerita da lapuk maybe tapi nak share dengan semua . Ceritanya bermula macam nie .. Pada 08Feb2013 bersamaan dengan hari Jumaat , bermulalah cuti pendek aku selama lima hari . Even sekejap tapi aku bersyukur sangat sangat . Aku sampai Seremban terus je beli tiket sebab aku taknak terlepas tiket petang . Nanti taklah aku sampai da malam sangat . Itu pun tiket ke Kluang sudah habis . Sedih sangat snagat . Aku terpaksa beli tiket ke Johor Bahru then dia drop aku dekat AYER HITAM . Masa aku naik bus pun da ramai orang dalam bus . Aku duduk dekat seat kedua last dari belakang . Double seat kosong . Aku pun duduk jela kan , bus yang aku naik nie dia akan tunggu sampai bus penuh baru jalan . Tiket aku pukul 6.30 Petang then bus gerak pukul 7 . Nak dijadikan cerita , ramai lah pula MAT MAT PERANG naik bus sama dengan aku . Aku minta maaf lah ye aku tak berapa nak minat dengan mat perang nie . So kalau ada sesiapa yang terbaca entry aku nie , aku nak minta maaf aku cuma luahkan apa yang aku rasa je . Ada sorang mat perang nie nampak sangat dia punya gatal sibuk nak duduk sebelah aku . Padahal seat belakang aku seat tepi kosong . Sebab tue lah aku tak suka mat perang dan jenis aku aku tak suka melayan lelaki . Aku jadi takut . Takut sangat sangat . Sebelum dia duduk sebelah aku , baik aku berambus dari situ . Kebetulan depan aku ada satu seat kosong . Aku tanya budak tue ada orang tak .. Dia cakap takde . Aku pun pindah tempat duduk tanpa menoleh ke arah mat mat perang tue . Tak kuasa mak nok ! Budak sebelah aku tue lelaki cina . Dia duduk tepi tingkap dan aku duduk belah luar dia , aku rasa masih lagi tidak selesa kerana masih lagi terasa macam dekat dengan mat mat perang tue , so aku pun amik keputusan untuk meminta keizinan pada lelaki cina tersebut tukar tempat dengan aku . Nasib baik dia nak , aku cakap dekat dia , " saya perempuan , saya tak suka dengan orang itu .. gatal " Dia hanya mampu tersenyum sahaja . Kehkehkeh ...Selalu kalau aku naik bus confirm aku akan tertido , tapi hari tue aku tak tido langsung sebab takut dengan mat perang tue . Aku msg akram tapi dia tak balik kerja lagi . Las last aku dengar lagu . Aku buka volume yang paling tinggi lagi . Kesejukan aku dalam bus . Sweater tertinggal dekat kolej . Tak menyempat nak balik kan .. hehe :) Aku tak boleh duduk dekat aircond lama lama , hidung aku akan tersumbat dan aku akan mudah selsema . Kebetulam masa tue demam aku tak berapa nak baik lagi . Still batuk batuk dan selsema . Naik bus yang aircond dia tiptop . Tue makan dia kata Akram Shah , jimat lah awak sayang kalau kawin dengan saya , rumah tak payah ada aircond . Saya memang tak suka aircond . Sejuk dan buatkan saya tidak selesa .. Sekali sekala takpelah . Kalau selalu aku boleh mati woo ! Masa aku selsema aku tak tahu nak kesat guna apa , tisu dalam beg sudah habis , hingus da nak meleleh je nie . Amagadddd ! macam mana nie ? aduhai .. Tiba tiba ada tangan yang menghulur tisu pada aku . Cuba teka siapa ? What mat perang tadi ? Sorry kalau dia hulur sekali pada aku , aku cakap " No , thanx ! " pada dia . Aku rela kesat kat tudung aku lah wei . Budak cina tue lah hulur TISU pada aku . Baik kan dia . Walaupun bukan sebangsa dan seagama tapi dia tetap membantu aku . 1 MALAYSIA :) Sampai Ayer Hitam , aku terpaksa tunggu abang aku sampai . Taknak macam lama pulak kan . Aku dengan budak cina tue lah .. Dia tengah tunggu parents dia amik , tapi sekejap je dia dengan aku . Tak lama tue parents dia datang amik , sempat juga lah dia melambai tangan dekat aku . Keseorangan lah aku malam tue menunggu abang aku yang macam naik basikal pula lambatnya , Haha ! Padan muka kau .. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama , apa salahnya kalau kita saling tolong menolong . Kalau semua orang dalam dunia macam ini , mesti meriah dan tiada lagi perbalahan antara satu dengan yang lain . Budi Bahasa Budaya Kita . Selamat Menyambut Tahun Baru Cina :) |
Tuan Tanah ![]() Heloo!Welcome to my blog , You can call me Syida ! Menulis bukan untuk mencari publisiti murahan , hanya sekadar berkongsi cerita , teramat benci pada stalker , 21 Years Old and became madam next year , InsyaAllah ! Taken by Mohd Akram Shah Abdul Manaf . Follow me :) Navigate Around ! husband & Wife ![]() Husband ![]() love You Till Jannah ![]() Kesayangan mama&papa ![]() Let's Talk!
Big applause to... |