Le' Moustache :3
celebrate birthday B4-09
Monday, 18 February 2013 | 0Superstar (s)!

Selamat pagi semua . Sorry lah lama tak hapdet ... *ceh padahal takde pun orang baca kan .. aku dengan DIA jela yang baca semua entry nie * apa pun harap semuanya dalam keadaan yang sihat sihat selalu okayyy . Aku nak cerita nie tapi tak tahu lah cerita nie da lapuk ke belum . 16hb Feb bersamaan hari sabtu kami semua satu rumah hang out . Sekali nak celebrate birthday budak budak rumah , memandangkan ada yang birthday nya lepas kami semua praktikal , so sudah semestinya tak dapat jumpa lagi kan ? Kami akan bersama sehingga bulan empat sahaja . sebab tue lah kami buat keputusan nak celebrate birthday budak budak rumah nie , tak kisah lah yang da lepas ke yang belum lagi ke , semua pun boleh ! Lokasi celebrate kami di Pantai Cahaya Port Dickson , cantik taw tempat tue .. nanti kalau ada masa uolls pergi lah. Serius takkan menyesal punya . hehe ... Kami semua sempat photoshoot taw .. Jom tengok --->



Kami budak budak rumah B4-09 .. Semuanya ceria !


Cantikan ? kannnn ?


Nie baru kali ketiga kami keluar sama sama . Sebelum nie tak pernah macam nie . Seronok sangat sangat dapat keluar dengan mereka . Kenangan yang terindah . Walaupun dibasahi hujan , kami tetap bersemangat nak celebrate nie semua , seronok sangat sangat taw uolls , Gambar atas nie nampak macam semuanya okayyy kan ? Tapi sebenarnya , lepas ambil gambar nie kami semua dikejar oleh monyet monyet . Ada tiga ekor okayy monyet monyet tue semua . Taknak macam ramai pula kannn . Rupanya monyet tue nak belon yang ada pada kami je , kami pun baling belon tue pada dia .. terus dia berambus panjat pokok . Hebat kan monyet zaman sekarang nie suka pula main belon , " Tips untuk anda anda semua , hanya dengan belon boleh menyelamatkan anda dari digigit monyet "

Okayyy , aku kan masa nak sampai dekat jambatan nie , kemain mengelak lagi nampak air . Maklumlah kain aku tue labuh dan kemabang pula tue , macam cinderella kan .. Perasan je lebih kau nie popot ! Masa monyet tue kejar kami semua , aku da tak kira da air ke apa ke , aku redah je ! Aku nampak je monyet tue da nak ke arah kami semua aku pun apa lagi pusing angkat kain dan pecut , tak kira pula masa tue aku pakai wedges .. Haha , kelakar betul lah ! Serious kenangan yang tak dapat dilupakan . Kali pertama aku kena monyet taw , serious pengalaman yang confirm aku tak dapat lupakan . 



Popot dan Shepet <3



Sweet kann kami nie .. :)




Aku dan Ieda , cantik kan dia !


Masing masing sempat berposing semua sebelum dikejar monyet monyet sekalian . Belon pada aku dan ieda lah yang dibaling pada monyet tue . Kemain lagi monyet monyet nie , Sedih juga baru berangan angan nak photoshoot kat jambatan atas sambil pegang belon tue , tapi malangnya tidak kesampaian . :(




Inilah aku , Cinderella Syidah ! :)
suke sangat dengan pixcha nie , thanx Are u Ahmad !



Sempat lagi kan bergayut . Masa nie Akram tengah call aku nie ,
tengok budak budak nie snap pixcha aku apa lagi
sanggup turun bawah nak join sekali..



Inilah kek aku , lain dari yang lain .. Aku tak makan kek biasa , bukan nak cakap tapi nanti aku muntah
so budak budak nie belikan aku kek nie , sweet nya awak awak semua !
sayang awak semua !





Cantik kan pemandangan dekat cnie ? 




Miss She <3

Terima kasih kawan kawan semua sebab bergembira berceria berhappy dengan aku . Kenangan yang tak mungkin aku dapat lupakan . Aku sayang korang semua ! Ada masa kite keluar lagi okaayyy , tapi sekarang kita kena fokus pada final exam dan praktikal . Lepas nie bila lagi kita akan macam nie kan .. confirm melalak kalau rindu korang nanti . Sayang korang semua ! Harap lepas nie tak lost contact lah kan ... 

Sahabat sejati yang sentiasa ada disisi ketika susah dan senang , sentiasa mengharungi dugaan dan cabaran bersama sama , sentiasa menyokong keputusan yang dibuat dan sentiasa memberi nasihat yang membina untuk masa hadapan . Yang palin penting terima seseorang itu seadanya dia , Itulah sahabat ... Love uolls <3


Older Post | Newer Post
Tuan Tanah


Heloo!Welcome to my blog , You can call me Syida ! Menulis bukan untuk mencari publisiti murahan , hanya sekadar berkongsi cerita , teramat benci pada stalker , 21 Years Old and became madam next year , InsyaAllah ! Taken by Mohd Akram Shah Abdul Manaf . Follow me :)
Navigate Around !
Home Me! Linkies Stuff FOLLOW
husband & Wife


Husband


love You Till Jannah


Kesayangan mama&papa


Let's Talk!


Big applause to...

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Syaf
Re.Edit : Alya and Fea Exotics
Owner : Syida

This blue pink templates made by PrincessBunny. The photogenic pictures taken at WeHeartit. Powered by Blogger.com.

Best View at GOOGLE CHROME!