Le' Moustache :3
Hebat ujian darimu Ya Allah
Sunday, 22 September 2013 | 0Superstar (s)!


Hye peps , harap semua dalam keadaan sihat sihat sahaja .. da lama rasanya tak hapdet blog nie kan , tiada tempat untuk diri ini meluahkan apa yang terbuku didalam hati , hanya di sini tempat diri ini meluahkan apa yang dirasa . Saat tangan ini pantas menaip , air mata juga deras menitis seiring tangan yang laju menaip . Entah kenapa sejak akhir akhir nie sering kali mengalirkan air mata . Diri ini tidak kuat untuk menempuh dugaan ini seorang diri dikala keadaan seperti ini . Di bahu siapa ingin aku sandarkan kepala ini agar aku rasa masih ada orang yang menyanyangi diri ini , di telinga siapa ingin aku bercerita untuk mendengar semua keluh kesah yang aku alami seorang diri ? Tangan siapa yang aku boleh pegang agar aku rasa masih ada insan yang beri aku kekuatan untuk terus bertahan ? Aku sendiri , hanya dia menjadi kekuatan aku . Ye hanya dia yang sentiasa dengan aku walaupun aku tidak dapat genggam tangannya , walaupun aku tidak dapat melihat wajahnya tapi aku tahu dia dapat dengar semua isi hati aku .

Pengalaman ini mengajar diri aku untuk menjadi lebih dewasa. Semakin hari semakin hebat ujian yang Allah swt berikan kepada kita . Semakin waktu berjalan dengan pantas semakin kita kenal apa itu erti hidup. Setiap ujian itu pasti ada hikmahnya . Everything happens for a reason . Seseorang pernah cakap kepada aku :

life is never easy . Don't easily quit . So this is what we call as Dugaan

Aku banyak belajar apa itu erti dicinta , erti mencintai, erti disayangi, erti menyanyangi dan erti bagaimana untuk menghargai seseorang itu sebelum dia pergi buat selamanya daripada hidup aku . Semua itu aku ambil sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku untuk aku teruskan perjalanan kehidupan aku . Bukan kerana aku terlalu mengagugkan cinta manusia melebihi daripada aku mencintai cinta Allah , cinta yang hakiki , cinta yang tak pernah menyakitkan dan cinta yang tak pernah hilang daripada hidup kita . Dan bukan jua kerana aku terlalu mengagugkan cinta dia melebihi daripada aku mencintai family aku sendiri.

Tetapi dia pernah hadir dalam hidup aku . Walaupun hadirnya hanya sekelip mata . Dia pernah membuat hidup aku bahagia . Dia sentiasa tersenyum dengan aku . Dia selalu menjadi orang yang pertama untuk mendengar masalah aku dan sedaya upaya untuk selesaikan masalah aku tak kira macam mana sekali pun . Dia pernah cakap pada aku :

hidup ini menyusahkan tetapi mati itu menakutkan

Dan sehingga ke hari ini aku masih ingat lagi kata kata dia itu pada aku . Walaupun aku tidak tahu apa maksud kata kata dia tetapi aku tahu dia selalu ingin menyedarkan aku bahawa kehidupan ini hanya sekali , hargailah kehidupan kita dengan penih rasa bersyukur . Tapi dia bukan jodoh aku walaupun dia sentiasa ada dengan aku seketika dulu . Aku bersyukur kerana dianugerahkan seorang lelaki yang bernama Mohd Akram Shah Bin Abdul Manaf , sejak dia hadir dalam hidup ini , susah senang aku dia sentiasa disisi . Tapi disaat aku ingin kecapi kebahagiaan yang dicari , aku diuji sekali lagi . Diri ini tidak kuat untuk bertahan Ya Allah .
Hari ini aku belajar sesuatu , orang miskin selalu dipandang rendah dan boleh dimaki sesuka hati oleh orang kaya . Memang pedih rasanya bila dimaki dengan orang yang paling kita sayang , tapi apakan daya diri ini . Aku terima dengan redha . Mungkin diri ini tidak sekuat dulu tapi aku cuba gagahkan diri ini untuk bertahan demi dia . Hanya dia tempat aku mengadu berkongsi cerita . Walaupun aku tak dapat respon bila bercerita dengannya tapi sekurang kurangnya aku rasa lega sebab dapat meluahkan apa yang aku rasa . Aku redha dengan apa yang terjadi . Allah swt sudah aturkan semuanya antara aku dan dia . Saya nak cakap sesuatu kepada awak :

Thank you for making me laugh when I'd almost forgotten how to

Sudah beribu langkah saya tanpa awak , lemah sekali rasanya . Sekarang saya akan cuba belajar bagaimana untuk berdiri di atas kaki sendiri di saat saya berada pada tahap yang paling bawah . Setiap malam saat diri ini mengerang kesakitan , saya harapkan awak yang ada disisi saya untuk membantu saya , tapi mustahil itu semua akan terjadi . Saya harapkan awak tenangkan saya dan lap air mata saya dek kerana menahan sakit seorang diri . Ye saya tahu saya cuma pandai meminta itu ini je pada awak , awak kerja bagai nak mati sampai awak anggap diri awak kuli . Kena dengar cakap orang . Tapi saya sekali pun tak pernah anggap awak macam kuli atau pape pun . Tapi saya tak sangka awak boleh keluarkan perkataan tue pada saya . Saya terima awak .

Terima kasih untuk semuanya . Terima kasih atas apa yang awak da buat untuk saya . Saya terlalu menghargai kehadiran awak di dalam hidup saya . Walaupun terlalu pahit rasanya , tetapi saya harus telan semua itu demi kebahagiaan awak dan saya . Terima kasih kerana awak selalu menjadi yang terbaik buat saya dan terima kasih kerana awak selalu terima pelbagai kekurangan saya . Awak akan selalu diingatan saya walaupun kita diuji sebegini . Thank you for the memories .














Tidak Puas Hati
Saturday, 14 September 2013 | 0Superstar (s)!

Hai semua , nak luahkan rasa tak puas hati nie pada seseorang , nie kira mengumpat ke tak ek ? Bukannya apa tak tahu da nak share dengan siapa , so share dekat sini jela kan , Aku penat sangat sangat . Untuk pengetahuan semua , aku sekarang duduk dekat rumah abang aku , ada hal sikit .. da menumpang tue buat cara menumpang lah kan , tapi agak agak lah .. takkan hari dia cuti pun aku nak kena buat kerja rumah semua . Da lah hari dia bekerja aku yang buat semua kerja rumah . Actually abang aku nie da kawin dan mempunyai seorang anak , nak masuk dua da anak nya , standard aku bangun tido lah dalam pukul lapan lebih macam tue lah , hari nie abang aku kerja wife dia tak kerja , dia biasa memang bangun pagi .. aku respect dia satu tue lah bangun pagi , tadi aku bangun dari tido aku , dia da tido balik .. Aku disuruh mengemas rumah , basuh baju , sidai kain . Agak agak lah kak , saya nie bukannya sihat sangat , nak berjalan pun payah nie , tapi aku diamkan je nanti dia cakap aku nie tak mengenang jasa pulak .. penat sangat sangat , rasa macam nak nangis pun ada , dengan anak dia degil lagi .. ingat aku nie apa ? aku duduk sini bukan percuma okayyy , memang lah aku tak bayar duit rumah dia tapi kadang kadang aku beli barang dapur mana yang da habis tue taw , bila aku basuh baju aku , tak basuh baju dia sekali dia punya bising tak ingat pulak , tapi bila part dia basuh baju tak basuh baju aku sekali , aku diamkan je .. kadang kadang aku basuh baju guna tangan je sebab bukannya banyak sangat baju aku .. ada lah dalam dua tiga helai .. tapi serius aku sakit hati sangat sangat , jangan fikir dia penat balik kerja lepas tue nak rehat je , sebelum nie kalau takde aku boleh je dia buat semua boleh je dia handle semua , masa ada aku sekarang nie macam macam pulak karenah dia , baju aku lipatkan aku hanger kan , apa lagi tak cukup ? aku penat dengan semua nie , dia macam tak pernah faham aku je dengan kaki aku sakit lagi payah nak berjalan , tak fikir ke semua tue ? bila lah aku nak keluar dari rumah nie , da tak larat sangat sangat nie . tolong lah faham .. Dia balik kerja tinggal masak makan malam je , yang lain semua aku da settle kan , aku bukan tak nak masak tapi akak ipar aku nie cerewet sikit , eh bukan sikit tapi banyak ! sampai kan adik adik aku pun kalau mak aku ajak datang sini dorang taknak datang , itu tak boleh ini tak boleh .. tak seronok , nak buat macam mana , nak tak nak terpaksa lah duduk sini sampai hujung tahun nie , harap harap aku boleh bertahan lah , doakan aku ye kawan kawan ! okayy lah bubye semua ! nanti aku sambung dengan cerita yang lain pula ye .. :)


Older Post
Tuan Tanah


Heloo!Welcome to my blog , You can call me Syida ! Menulis bukan untuk mencari publisiti murahan , hanya sekadar berkongsi cerita , teramat benci pada stalker , 21 Years Old and became madam next year , InsyaAllah ! Taken by Mohd Akram Shah Abdul Manaf . Follow me :)
Navigate Around !
Home Me! Linkies Stuff FOLLOW
husband & Wife


Husband


love You Till Jannah


Kesayangan mama&papa


Let's Talk!


Big applause to...

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Syaf
Re.Edit : Alya and Fea Exotics
Owner : Syida

This blue pink templates made by PrincessBunny. The photogenic pictures taken at WeHeartit. Powered by Blogger.com.

Best View at GOOGLE CHROME!